Perutusan Rektor

DR. MUHAMMAD FAIZAL BIN TAHIRUDDIN
REKTOR IKDAR

Proses revolusi Pendidikan Islam di Malaysia telah berlaku sejak berabad lamanya. Bermula dari kedatangan pedagang dan pendakwah Islam ke nusantara. Pendekatan demi pendekatan dalam mendepani arus kehidupan dan peredaran zaman mencetuskan idealisme dan penyampaian Pendidikan Islam khususnya di Malaysia, Melalui tiga konsep utama di dalam Pendidikan Islam iaitu Tarbiah, Talim dan Ta’dib menjadikan warga ke arah sifat Rabbani mempunyai sifat syumuliyyah wasyatiyyah, Insasiyyah, muassarah dan allamiyah. Revolusi Ini tidak terkecuali di dalam pengembangan Pendidikan al Quran dan Tahfiz di Malaysia. Bermula pada cetusan idea ole YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1966 iaitu Kelas Pengajian Al-Quran dan Qiraat sehingga wujudnya Darul Quran yang telah melahirkan lebih 10 ribu huffaz sepanjang penubuhannya.

Perkembangan pest dan menggalakkan sistem Pendidikan tahfiz di Malaysia berlaku mulai tahun 1990an sehingga kini yang terdiri dari Pendidikan tahfiz naungan kerajaan dan Pendidikan tahfiz pesendirian. Sehingga kini jumlah institusi tahfiz di Malaysia mencecah lebih dari 1400 buah dengan jumlah pelajar melebihi 120,000.

Radar keluaran alumni Pendidikan tahfiz di Malaysia dianggarkan

melebihi 15 ribu – 20 ribu setahun dengan kadar pengesanan kemasukan pengajian tinggi tidak melebihi 5%.

Kewujudan Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) bertujuan member laluan alternatif kepada alumni atau pelajar yang tidak dapat menghabiskan hafazan al-Quran semasa di institusi tahtiz untuk menyambung pengajian peringkat tertinggi sehingga doktor falsafah walaupun tidak mempunyai atau tidak pernah mengikut sistem Pendidikan akademik dan arus perdana.

Diharapkan sokongan dan dokongan dalam memastikan hala tuju alumni dan pelajar sistem

Pendidikan tahfiz di Malaysia mendapat peluang dan rang yang seluas-luasnya demi melahirkan insan Rabbani yang syumul dan berteraskan al-Quran.

Sekian terima kasih.