IKDAR diketuai oleh Rektor dan para pegawai unit IKDAR Business School (IBS) telah pun mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Bahagian Pendidikan, YBrs. Tuan Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim sebentar tadi. JAKIM turut dihadiri oleh KPPK Cawangan Sekolah Agama, KPP Cawangan Pengurusan KAFA, KPP Cawangan Penyelarasan Pendidikan, juga PPK Cawangan Bahagian Pendidikan. Turut sama dalam majlis ialah pegawai pegawai JAKIM yang lain.
Kunjungan ini bukan sahaja bertujuan memperkenalkan IKDAR, bahkan turut membincangkan berkenaan hasrat IKDAR untuk membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Baharu melalui Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKPM) Pendidikan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA). Untuk makluman, bagi pelaksanaan pensijilan melibatkan kemahiran adalah perlu merujuk kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).
Standard kemahiran memberi manfaat kepada semua pihak yang berkaitan dan ianya berguna kepada masyarakat bergantung kepada penyertaan penuh dan komitmen semua pihak yang terlibat. Manfaat ini boleh digunakan sebagai penanda aras untuk menilai keberkesanan usaha bersama. Atas keperluan ini, IKDAR berhasrat untuk membuat permohonan cadangan bagi pembangunan NOSS Pendidikan KAFA kepada pihak JPK memandangkan NOSS masih lagi belum dibangunkan. Oleh itu, sokongan serta pandangan daripada pihak-pihak berkepentingan amat perlu dalam mengukuhkan hasrat tersebut

