Perutusan Pengerusi

PROF. EMERITUS TAN SRI DATUK
DR.ANUWAR ALI
PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH INSTITUSI (IKDAR)

Setinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana limpah kurnia dan hidayahnya dapat mewujudkan buku pengenalan dan portfolio Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) bagi kali ini. Saya selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Institusi (LPI) IKDAR mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pasukan IKDAR di atas usaha yang luar biasa dan mesa kemajuan persekitaran Pendidikan masa kini khusus bagi lepasan pelajar tahfiz di Malaysia dan Asia Tenggara.

IKDAR menerajui antara revolusi lepasan Pendidikan tahfiz di Malaysia dengan menggunakan konsep harmonisasi model Pendidikan tahfiz di peringkat sekolah dan mengadaptasi sistem Pendidikan konvensional tahfiz perdana di peringkat pengajian tinggi. Seiring perkembangan metodologi Pendidikan dunia masa kini ke arah pendekatan Pendidikan kendiri dan disiplin ilmu melalui penggunaan teknologi maklumat dan artificial intelligent perkembangan sistem Pendidikan tahfiz perlu diselarikan dengan pendekatan Pendidikan dunia namun tanpa mengurang dan mengabaikan konsep Pendidikan Islam yang syumul dan memberi rahmat kepada sekalian alam Semogaperkembangan dan idea-idea dalam pelaksanaan Pendidikan lanjutan pelajar tahfiz di Malaysia dapat dikembang dan diberi ruang, peluang tanpa mengira status intelektual dan kemampuan pelajar.

Sekian terima kasih